Set 1 percuma selamanya. Cuba dahulu, bayar bila anda yakin.
Tak perlu. Celik Jawi berjalan terus dalam browser. Chrome, Safari, mana-mana. Buka pautan, terus main. Anda juga boleh simpan pautan itu ke skrin utama telefon supaya nampak macam app biasa — ada ikon sendiri, buka terus, tak payah cari dalam browser lagi.
Kalau guna iPhone (Safari):
Buka celikapp.my/play, tekan ikon Share kat bawah skrin (kotak dengan anak panah ke atas), scroll sikit sampai jumpa "Add to Home Screen", tekan tu, pastu tekan "Add".
Kalau guna Android (Chrome):
Buka celikapp.my/play, tekan tiga titik kat penjuru atas kanan skrin, tekan "Add to Home screen" (atau "Install app" — bergantung versi Chrome), pastu confirm.
Lepas tu ikon Celik Jawi terus ada kat skrin utama telefon, sama macam app lain. Progres anak tetap tersimpan macam biasa.
Boleh. Kod akses anda berfungsi di mana-mana device. Cuma satu perkara perlu anda tahu: bintang dan progres disimpan dalam device itu sendiri, jadi progres di tablet tidak akan muncul di telefon secara automatik. Ada jalan mudah untuk pindahkan — dalam Tetapan app, ada "Progres antara peranti": jana satu kod sandaran di device lama, tampal di device baru, progres terus berpindah.
Seberapa ramai yang anda mahu. Setiap anak dapat profil sendiri dengan bintang, progres dan sijil berasingan. Adik-beradik tidak akan mengganggu progres satu sama lain.
Tiada, langsung. Anak takkan terjumpa iklan, takkan terjumpa butang beli. Selepas anda bayar sekali, tiada apa-apa lagi akan diminta.
Kalau dia sudah betul-betul lancar semua 37 huruf, jujurnya belum berbaloi. Celik Jawi setakat ini ada Standard Kandungan 7.1 sahaja. Rangkai kata (7.2) dalam perancangan, dan pembeli sedia ada akan diberitahu dahulu bila ia siap.
Perlu untuk membuka pautan kali pertama. Selepas itu progres anak disimpan dalam device, jadi ia tetap ada walaupun anda tutup dan buka semula.